Pages

Sunday, September 4, 2011

Ramadhan Sudah Berakhir

Untuk tahun ni,tahun 2011.Cepatnya berlalu memang tak dapat nak disangkal lagi. Baru semalam rasanya dok berperasaan seperti syok2 nak puasa,sahur,terawikh.Tau-tau dah habis ramadhan kali ni.Ke korang tak perasan pun ramadhan pernah hadir tahun nie?Perasan?Aku tak perasan.Sbb kalau kira ibadah,malu nak mengaku orang berpuasa di bulan ramadhan ni,apa tah lagi nak mengaku orang Islam.Orang Islam berpuasa lebih dari sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.Aku,jgn citer.Memalukan sesungguhnya.


Tapi yang pasti ramadhan punya aura yang sangat luar biasa.Siangnya terasa sangat-sangat tenang dan malamnya sangat-sangat damai.Waktu bukan satu tekanan dan hari bukan lagi satu kiraan.Aku rasa sangat selamat dalam bulan ramadhan.Tak seperti bulan-bulan lain.Bila malam, aku rasa dilindungi,serius,lelaki berdada bidang macam aku (hoho) pun bulan risau (paranaoid).Argh!Rindu lagi malam-malam masa ramadhan.Bukan boleh diulang tahu?Kalau tahun ni ko orang dah sia-sia kan dengan segala aktiviti duniawi,manakan boleh diulang lagi masa yang dah lepas.


Tahun nie tahun keberapa tah aku berpuasa diluar rumah,maksudnya aku tak buka dan sahur bersama keluarga.sejak masuk ke STAR sampai ke kerja,aku tak pernah berpuasa penuh di rumah.Tapi serius kali ni first time berpuasa di Penang, perasaan dan jiwa dan aura ramadhan super tinggi.Rasanya sungguh kuat.Tiap-tiap hari aku rasa bahagia dan selamat.Tengok berapa kali dah aku sebut pasal rasa selamat.


Tapi dalam kesedihan bulan Ramadhan pergi, perlu bergembira menyambut Syawal juga.Tapi sahabat-sahabat Rasulullah dulu pun bersedih bila ramadhan nak habis.Semoga aku punya kesedaran seperti mereka juga.


So,to conclude,cuma nak buat ucapan hari raya kat semua yang mengenali aku selaku Azrie Zulzharif Bin Adzman.Selamat hari raya aidil fitri.Maaf zahir batin mana salah silap aku sepanjang korang kenal aku selaku kekasih,kawan,teman,sahabat hatta musuh sekali pun, aku minta maaf terkasar,terlebih,termakan.


Semoga semangat ramadhan dapat diteruskan sepanjang masa kawan-kawan!

0 comments: